Sistem bekalan elektrik sesalur
- Voltan
- Frekuensi
- Plag dan soket
- Sistem pembumian
- Perlindungan daripada kerosakan akibat arus berlebihan (contohnya akibat litar pintas), kejutan elektrik serta bahaya kebakaran
- Toleransi parameter
Sesetengah wilayah menggunakan piawaian yang berbeza dariapda negara asalnya (sperti Hong Kong di China). Bangunan asing seperti pangkalan tentera asing mungkin menggunakan piawaian voltan dan frekuensi yang berbeza daripada kawasan sekelilingnya. Sesetengah bandar raya mungkin menggunakan piawaian yang berbeza daripada kawasan kampung.
Kilang-kilang perindustrian dengan sistem bekalan elektrik berbilang fasa memgunakan voltan berbeza yang lebih tinggi untuk kegunaan peralatan besar (dengan plag dan soket yang berbeza), tetapi voltan lazim yang disenaraikan tetap digunakan untuk pencahayaan dan peralatan mudah alih.
Pendawaian elektrik
- Wayar hidup (juga dikenali sebagai wayar fasa) - membawa arus ulang-alik dari punca kuasa ke beban.
- Wayar neutral - mengembalikan arus elektrik ke punca kuasa.
- Wayar bumi - bertujuan hanya untuk mengangkut arus elektrik bocor ke bumi apabila berlaku kebocoran arus elektrik akibat kegagalan penebat; jika tiada kebocoran arus elektrik, wayar ini tidak membawa sebarang arus elektrik. Ia biasanya disambungkan ke bahagian bekas logam serta bahagian peralatan lain yang mungkin bersentuhan dengan manusia. Gangguan elektromagnetik serta pelindung kejutan elektrik membuang cas elektrik yang tidak dikehendaki melalui wayar bumi. Tidak semua sistem pendawaian elektrik dibumikan.
Terdapat tiga bentuk perlindungan yang disediakan pada unit pengguna dalam sistem pendawaian elektrik daripada bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti litar pintas, kilat, arus berlebihan ataupun kebocoran arus elektrik, iaitu:-
- Suis utama - Pensuisan serta perlindungan daripada arus berlebihan
- Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) - Memutuskan litar jika berlaku kebocoran arus elektrik ke bumi
- Fius elektrik / pemutus litar kecil (MCB) - Memutuskan litar sekiranya berlaku lebihan arus elektrik
Paras voltan
Semua negara di Eropah serta kebanyakan negara di Asia dan Afrika menggunakan piawaian kadaran voltan sekitar 230 V dengan toleransi sekitar 10%, manakala Jepun, Amerika Utara serta beberapa negara di Amerika Selatan menggunakan kadaran voltan sekitar 100 hingga 127 V.Secara umumnya, voltan penggunaan biasanya 3% hingga 5% lebih rendah daripada voltan nominal sistem (voltan bekalan); contohnya, bekalan nominal 208 V disambungkan ke motor elektrik dengan kadaran voltan "200 V" seperti yang tercapat pada labelnya. Ia membenarkan jatuhan voltan berlaku antara bekalan elektrik dan peralatan tersebut tanpa menjejaskan bekalan elektrik. Voltan yang diterangkan dalam rencana ini adalah vooltan nominal manakala voltan penggunaan pula lebih rendah sedikit.
Toleransi voltan diperlukan bagi membolehkan pengendalian yang lancar. Beban tinggi sementara, ataupun operasi pensuisan pada rangkaian grid pengagihan kuasa elektrik, mungkin menyebabkan voltan bekalan sedikit tersasar daripada lingkungan toleransi. Secara umumnya, bekalan elektrik daripada rangkaian pengagihan yang besar serta mempunyai banyak punca bekalan adalah lebih stabil daripada bekalan elektrik terpencil dengan hanya satu penjana elektrik.
mohd naim bin ramli -04dee13f1089 shahrin bin bahar-04dee13f1026